Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyangkal dakwaan bahawa terdapat intipati aku janji yang menggesa calon parti itu memberi sokongan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri.
Menurutnya, isi kandungan aku janji yang kini sedang tular itu tidak tepat dan merupakan fitnah kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).